Monday 15 April 2013

Redha dan Bersyukur :')

Haii all ! Alhamdulillah saya masih berada di bumi bertuah ini. Allah masih beri peluang kepada saya untuk terus hidup, belajar dan memperjuangkan cita-cita saya. Alhamdulillah :') Apa khabar semua? Harap2 semua sihat2 belaka . Saya rasa lama jugak dah tak post any entry lepas entry SPM last month kan? Ermm.. ya. Mesti ada *kot* yang tertanya-tanya how's my result?!
Ok sorry for my late entry ni. Memang nak cerita pasal result pun ekceli :) Saya cerita pasal result ni lambat pun sebab tenangkan hati dan fikiran terhadap apa yang telah terjadi. First of all, saya bersyukur dan redha dengan kehendak-Nya. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya. Mungkin juga ia salah satu ujian buat saya. Saya terima dengan hati yang terbuka.
Mesti kawan-kawan saya yang kat luar sana dah pun dipanggil untuk interview daripada universiti 'yang di idamkan' kann? Tahniah kepada kalian yang terpilih :') Salah satunya tahniah kepada Izzatie Nazri yang dah pun selamat interview di Universiti Teknologi Petronas. Semoga semuanya berjalan lancar yek kawanku. Good Luck dear!
Berbalik kepada tajuk asal. How's my result ek? Ermm.. Rasanya tak perlu lah cakap berapa A kot. Saya punya A tu sederhana saje . Agak sedikit terkilan sebenarnya. Apa yang saya takutkan dan risau selama ni memang dah terjadi. ERT saya memang seperti apa yang saya jangkakan. only B.. saya redha walaupun diri sukar nak terima. Apa yang saya nak dan target untuk SPM tak dapat. Honestly, KECEWA, TERKILAN.
Yahh, dua perkataan tu. Dan lagi satu my BI.. terasa b***h pulak rasanya. Bayangkanla selama ni dapat A/B jek. Sama lah macam ERT tu. Sekali keluar result C+ ! Apa semua ni???  Sungguh menyakitkan. cita-cita nak ambil TESL but, emmm.. entahlah. 
Emm. Yup memang satu ujian buat saya rasanya. Again, Allah Maha mengetahui yang terbaik untuk diri saya, Saya merancang tapi Allah yang Menentukan. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah berlaku adil terhadap hambanya. Rezeki juga pasti ada di mana-mana. I'Allah. So, apa yang nak di kenang lagi kan?! Benda dah jadi. Terima dengan hati yang terbuka dan Redha. Nak menangis air mata darah pun TAK GUNA dah. Life must Go on katanya.. So, perjuangkan lah Masa Depan kita :')
Anyway, saya juga bersyukur Addmath saya pun pass! Alhamdulillah. Dan terima kasih kepada semua guru yang mengajar, rakan-rakan saya yang baik hati, keluarga saya terutama Ibu Bapa saya yang sentiasa mendoakan dan bagi semangat kepada saya. Love You All !
Kepada yang dapat result gempak cemerlang tu, TAHNIAH! Gunakanlah 'hadiah' atau 'rezeki' yang Allah beri kepada kalian sebaiknya ye :) 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ! Silalah comment :)

 
All Right Reserved To Me. Edited By NabilaMedan.